Allah telah kurniakan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,akal untuk berfikir dan mulut untuk bercakap..Adakah kita mensyukuri nikmat itu?

Thursday, December 16, 2010

Hadis:Penyakit

Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali barsarta dengan ubatnya".(Riwayat Bukhari)

Tuesday, December 14, 2010

Azam yang kuat tidak akan tercapai jika tiada usaha dan do’a.Jika ada AZAM,USAHA dan DO’A,InsyaAllah kita akan Berjaya.
Pergaduhan adalah perkara yang boleh membuatkan silaturrahim menjadi renggang.Jalan yang terbaik dan diRedhai Allah dalam menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan Meminta Maaf..
Jika kamu tidak berpuas hati dengan rakan kamu,janganlah kamu terus menyindirnya,Simpankanlah didalam hati dan bersabar.Jika ada masa lapang,nasihatlah rakan kamu atas kesilapan yang telah di lakukannya.Kerana dengan cara nasihat,ia dapat menjadi panduan kepadanya dan dia dapat belajar dari kesilapan.

Yang mana lebih baik bagi pelajar,bercinta atau berlajar?

Apa faedahnya bercinta dan apa faedahnya berlajar.Jika kamu kata bercinta lebih banyak faedahnya,apa buktinya?Bagi saya,tidak banyak faedah bercinta.Kerana,ia boleh mengganggu pelajar dalam pelajaran mereka.Kadang-kadang percintaan memberikan semangat kepada pelajar untuk pergi ke sekolah.Faktor yang menyebabkan para pelajar bercinta antaranya ialah hawa nafsu.Hawa nafsu berbeza dengan nafsu.Berbeza maksud dan berbeza ejaan.Faktor keduanya ialah keinginan untuk bercinta.Mungkin mereka kata mereka tidak pernah bercinta,lalu mereka mengambil kesempatan untuk mencuba.

Jangan lupa kerana bercinta,mereka leka entah ke mana,dan jangan pula kerana bercinta,tergadai semua maruah agama dan keluarga.Tidak ada larangannya jika kita nak bercinta,tetapi elakkan diri daripada membuat maksiat.Jika duit dibelanjakan untuk bercinta,membazir sahaja.Tetapi,jika duit dibelanjakan untuk membeli buku dan digunakannya untuk berlajar maka,bertambahlah ilmu.Daripada kita bercinta,lebih baik kita berlajar.Kerana,dengan berlajarlah ilmu kita bertambah.Fikirlah sejenak,adakah dengan bercinta kita akan berjaya?Jawapannya tidak,sebenarnya dengan berlajarlah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Menimba ilmu adalah wajib,dan kelebihan orang yang menimba ilmu adalah diiktiraf dan dimuliakan oleh Allah S.W.T.Dengan belajar kita dapat mengetahui yang mana baik dan yang mana buruk.Allah s.w.t telah mengurniakan kita akal untuk berfikir.Jadi,terpulang kepada kamu untuk berfikir sama ada kamu pilih bercinta ataupun berlajar.

Sunday, December 12, 2010

Jika kamu kata tiada sesiapa menyayangi kamu,bererti kamu salah..Kerana masih ada lagi orang yang menyayangi kamu..Allah menyayangi kamu,jika tidak,maka tiadalah nikmat yang diberikan-Nya kepada kamu.

Susahkah kita melafaz kata syukur kepada-Nya??

Susahkah kita melafaz kata syukur kepadanya??

Terima kasih,toche,arigato,shukran dan Alhamdulillah..Susahkah untuk kita menyebut perkataan tersebut?..Allah telah berikan kita dua biji mata,satu hidung,dua lubang hidung,mulut,dua telinga,gigi,tangan,kaki,udara,rezeki dan sebagainya untuk kesempurnaan dan keselesaan kita di dunia. Adakah kita menghargai pemberian-Nya??..Janganlah kita buta hati dan janganlah kita seperti orang yang tidak menghargai pemberian orang lain..Tidak susah untuk kita mengucap syukur kepada-Nya hanya menyebut A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H dengan hati yang ikhlas..

Kenapa tak nak solat?

Solat adalah tiang agama(Islam),siapa yang meninggalkan solat,maka dia meruntuhkan agamanya.Adakah kamu solat?atau kenapa kamu tak nak solat?Adakah kamu rasa amal ibadahmu cukup untuk dibawa di akhirat kelak? Bukankan solat itu melambangkan agama Islam??..Adakah kamu agama Islam?...Kenapa dan mengapa kamu meninggalkan solat?Adakah kamu berbangga??..Adakah kamu mahu menjadi orang yang baik atau buruk?..Lebih baik kamu menjadi orang baik daripada menjadi orang jahat seperti mereka yang diselubungi dengan dosa dan maksiat disisi mereka.Dengan solatlah kamu dapat mengelakkan diri dari melakukan dosa.Dengan solat juga,kamu dapat menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

Adakah kamu takut Allah atau tidak?Apa buktinya jika kamu takut Allah?.Allah Maha mengetahui.Allah mengetahui segala perbuatan makhluknya.Dia mengetahui segala perbuatan kamu,segala yang baik dan segala yang buruk.Kenapa tak nak solat?Adakah kamu mengikut ahli keluarga kamu atau kawan-kawan kamu yang tidak solat?…Buat apa kamu mengikut mereka?Buat apa??..Macamlah orang yang tidak solat itu menjamin kamu masuk Syurga.Malah,kamu sendiri yang menempah diri kamu untuk berada di Neraka.Adakah kamu tahu bahawa ada malaikat yang selalu barada di sisi kamu?Mereka adalah malaikat yang mencatat segala perbuatan baik dan buruk.Iaitu Malaikat Atid dan Raqib.

Ingatlah,bahawa segala perbuatan baik dan buruk kamu akan ditayangkan di Padang Masyar kelak.Adakah kamu berbangga dengan diri kamu di Padang Masyar kelak dengan diri yang tidak berbekalkan ibadah solat? Adakah kamu Islam atau kafir? Adakah kamu mahu orang menggelar diri kamu “kafir”? Satu cara untuk membezakan sama ada Islam atau kafir adalah dengan melihat ibadah solatnya.Jika seseorang itu solat,Islam lah
dia.Jika tidak,maka boleh dikatakan kafir.

Allah telah mengurniakan kepada kamu akal untuk berfikir.Jadi,hanya terpulang kepada kamu sahaja untuk berfikir sama ada nak kebaikan ataupun keburukan atas diri kamu.Saya banyakkan soalan adalah untuk kamu menyoal kepada diri kamu,bukan hanya sekadar soalan biasa.

Akhirnya,Saya minta maaf jika ada perkataan yang salah.Segala yang baik datang dari Allah,dan segala yang buruk datang dari diri saya sendiri sebagai seorang hamba Allah yang lemah lagi tidak banyak ilmu.Dari saya,Muhammad Ashraf bin Johari..Salam..

Friday, December 10, 2010

Are You Muslim Or Not??


               Jika kamu beragama(Islam),tunjukkanlah diri kamu seperti orang yang beragama..
            Baiklah,kita tahu bahawa agama yang utama di Malaysia adalah agama Islam,tapi mana buktinya?.Kebanyakkan mereka hanya Islam dalam kad pengenalan(IC) sahaja.Mana umat Islam di Malaysia yang menutup aurat?,mana mereka yang melakukan ibadah?,dan mana mereka yang  meninggalkan larangan-Nya??..Persoalan itu hadir dalam diri saya ketika saya melihat banyak diantara orang Islam yang melakukan maksiat.
            Bukan bermaksud saya memperli,lagipun saya juga merupakan hamba Allah,bukannya hamba abdi..Sesungguhnya menutup aurat itu wajib,dirikanlah solat dan tinggalkanlah larangan-Nya.Sesungguhnya kita adalah umat Nabi Muhammad iaitu umat akhir zaman yang akan awal dihisab pada akhirat kelak.Sedarlah wahai kawanku,sesungguhnya Allah  Maha Mengetahui segala perbuatan baik dan buruk kita.Selain itu,Allah juga mempunyai pembantu  iatu Malaikat Atid dan Raqib.Tugas mereka ialah mencatat amal baik dan buruk kita..
            Tutuplah aurat,jangan biarkan mereka yang melihat aurat kita menambahkan dosa kita.Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan percayalah bahawa Allah itu ada disisi kita.Ubahlah dirimu menjadi orang yang lebih baik daripada yang semalam.Semua orang dapat menjadi orang baik,tetapi memakan masa yang lama.
            Dirikanlah solat,jangan biarkan syaitan mahupun iblis menghasut kita dan jangan biarkan hawa nafsu mengawal kita.Sesungguhnya solat itu tiang agama,siapa yang meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya.Banyakkanlah amal ibadat seperti berpuasa.Berpuasa dapat melatih nafsu kita untuk bersabar.Tinggalkanlah larangan-Nya,semoga kamu dirahmati dan diberkati Allah..

Perlukah benci terhadap pkara yg x spatutnya dbenci?..

Kadang2 ada yang tidak bpuas hati dgn diri kita...kadang2 ada yang tidak suka kita mmbuat kbaikan...kadang2 ada yg suka mngata-ngata dan suka mmfitnah kita tanpa sbarang kbnaran yang sbnar..kadang2 ada yang suka mnyakiti tanpa mngetahui isi hati org yg dsakiti sedalam-dalamnya..ada yg iri hati dengan org yg dpuji..ada yg buta hati,ada yg sakit hati dan ada yg suka menyakiti..Allah tlah kurniakan kita prasaan sayang,benci,curiga,gembira dan sbagainya utk ksempurnaan dri kita..dan jgn lah gunakannya untuk membenci perkara yg tidak patut dibenci....

Thursday, December 9, 2010

Adakah kita baik terhadap rakan kita?

Hidup ini tidak akan sempurna jika tidak adanya rakan disisi kita.Kadang-kadang kita tidak tahu bahawa kita pernah membebankan rakan kita.Jika tidak ada rakan disisi kita,maka tiadalah keseronokan.Kepentingan adanya rakan antaranya ialah mereka dapat membantu kita jika kita dalam kesusahan.Tetapi,jika tibanya suatu harinanti kita mendapat kesenangan,adakah kita akan mempedulikan rakan kita dan mengingatinya??

Cara sahabat yang baik

Sahabat yang baik adalah sahabat yang mengambil berat terhadap rakannya,menyimpan rahsia rakannya,menjaga hati rakannya,saling bantu-membantu,tidak mudah denggi,tidak berdendam dan tidak menyakiti hati rakannya.

As-Sabarul Minal Iman


    Hidup ini penuh dengan dugaan,tapi biarkanlah kesabaran menempuhinya.Kerana sabar adalah separuh daripada Iman.
        Sabar..sabar..sabar.Sabar separuh daripada Iman.Mungkin ada yang tidak tahu apa itu sabar,kadang2 sekejap je dapat sabar,lepas tu lain jadinya.Banyak perkara kita perlu bersabar.Contohnya dalam kerjaya,jika tiada kerjaya,jadi tiadalah pendapatan dan sesuatu kerjaya haruslah bersabar.Bersabar ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan pemikiran.Kadang2 kita akan marah,jika sesuatu yang kita inginkan dari perkerjaan tidak tercapai.
       Ada perkara yg kita harus bersabar,dan ada perkara yg tidak.Contohnya ada makhluk Allah melakukan maksiat,takkanlah kita hanya bersabar dan tinggalkan mereka melakukan maksiat,kalau boleh tegurkanlah mereka dengan cara tangan.Haha..bukan bermaksud memukul mereka,tetapi dengan menggunakan kuasa kita untuk melarang mereka daripada melakukan maksiat.Selain itu menggunakan lidah.Takkanlah kita nak menunjukkan kecantikan lidah kita kepada mereka daripada membuat perkara tersebut,tetapi dengan menasihati mereka.
       Selain itu dengan menggunakan hati,iaitu membenci perbuatan tersebut.Allah memiliki sifat As-Sabur iaitu Allah bersifat Maha Sabar.Allah telah mengurniakan sifat sabar(hawa nafsu) kepada manusia.Cuba kita fikirkan jikalau Allah tidak mengurniakan kita sifat sabar,mungkin kita akan selau marah dan gelojohkan?..Jadi,sebab itulah perlu sabar dalam kehidupan.Jadi ingat,sabar itu separuh daripada Iman..

Wednesday, December 8, 2010

Jahat atau Baik

Seseorang mudah untuk berubah menjadi orang jahat,tetapi sukar bagi mereka untuk menjadi orang yang baik.Seseorang mudah untuk melakukan kejahatan,tetapi berat bagi mereka untuk melakukan kebaikan.Seseorang mudah untuk melakukan dosa,tetapi mengapa mereka sukar melakukan sesuatu untuk mendapatkan pahala dan keredhaan-Nya?Hidup didunia bukannya selamanya,kerana masih ada akhirat yang menunggu..Sesungguhnya Allah menentukan masa depan kita dan Dia Maha Mengetahui.

Sedar

Kadang-kadang kita tidak tahu bahawa kita telah membuat kesalahan kepada kawan kita.Mungkin kawan kita telah lama bersabar terhadap perangai kita yang tidak senonoh.Kemungkinan kitalah yang menyebabkan atau menambah beban mereka.Sepatutnya kita harus sedar terhadap perbuatan dan sikap kita.Fikirlah sejenak,sama ada perbuatan yang ingin atau telah kita lakukan sama ada baik atau tidak.Perangai kita boleh menyebabkan mereka benci dan tidak mahu bertegur dengan kita.Sedarlah..kerana apa yang telah dikatakan adalah benar terhadap sikap kita..