Allah telah kurniakan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,akal untuk berfikir dan mulut untuk bercakap..Adakah kita mensyukuri nikmat itu?

Friday, December 10, 2010

Are You Muslim Or Not??


               Jika kamu beragama(Islam),tunjukkanlah diri kamu seperti orang yang beragama..
            Baiklah,kita tahu bahawa agama yang utama di Malaysia adalah agama Islam,tapi mana buktinya?.Kebanyakkan mereka hanya Islam dalam kad pengenalan(IC) sahaja.Mana umat Islam di Malaysia yang menutup aurat?,mana mereka yang melakukan ibadah?,dan mana mereka yang  meninggalkan larangan-Nya??..Persoalan itu hadir dalam diri saya ketika saya melihat banyak diantara orang Islam yang melakukan maksiat.
            Bukan bermaksud saya memperli,lagipun saya juga merupakan hamba Allah,bukannya hamba abdi..Sesungguhnya menutup aurat itu wajib,dirikanlah solat dan tinggalkanlah larangan-Nya.Sesungguhnya kita adalah umat Nabi Muhammad iaitu umat akhir zaman yang akan awal dihisab pada akhirat kelak.Sedarlah wahai kawanku,sesungguhnya Allah  Maha Mengetahui segala perbuatan baik dan buruk kita.Selain itu,Allah juga mempunyai pembantu  iatu Malaikat Atid dan Raqib.Tugas mereka ialah mencatat amal baik dan buruk kita..
            Tutuplah aurat,jangan biarkan mereka yang melihat aurat kita menambahkan dosa kita.Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan percayalah bahawa Allah itu ada disisi kita.Ubahlah dirimu menjadi orang yang lebih baik daripada yang semalam.Semua orang dapat menjadi orang baik,tetapi memakan masa yang lama.
            Dirikanlah solat,jangan biarkan syaitan mahupun iblis menghasut kita dan jangan biarkan hawa nafsu mengawal kita.Sesungguhnya solat itu tiang agama,siapa yang meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya.Banyakkanlah amal ibadat seperti berpuasa.Berpuasa dapat melatih nafsu kita untuk bersabar.Tinggalkanlah larangan-Nya,semoga kamu dirahmati dan diberkati Allah..