Allah telah kurniakan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,akal untuk berfikir dan mulut untuk bercakap..Adakah kita mensyukuri nikmat itu?

Thursday, December 9, 2010

As-Sabarul Minal Iman


    Hidup ini penuh dengan dugaan,tapi biarkanlah kesabaran menempuhinya.Kerana sabar adalah separuh daripada Iman.
        Sabar..sabar..sabar.Sabar separuh daripada Iman.Mungkin ada yang tidak tahu apa itu sabar,kadang2 sekejap je dapat sabar,lepas tu lain jadinya.Banyak perkara kita perlu bersabar.Contohnya dalam kerjaya,jika tiada kerjaya,jadi tiadalah pendapatan dan sesuatu kerjaya haruslah bersabar.Bersabar ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan pemikiran.Kadang2 kita akan marah,jika sesuatu yang kita inginkan dari perkerjaan tidak tercapai.
       Ada perkara yg kita harus bersabar,dan ada perkara yg tidak.Contohnya ada makhluk Allah melakukan maksiat,takkanlah kita hanya bersabar dan tinggalkan mereka melakukan maksiat,kalau boleh tegurkanlah mereka dengan cara tangan.Haha..bukan bermaksud memukul mereka,tetapi dengan menggunakan kuasa kita untuk melarang mereka daripada melakukan maksiat.Selain itu menggunakan lidah.Takkanlah kita nak menunjukkan kecantikan lidah kita kepada mereka daripada membuat perkara tersebut,tetapi dengan menasihati mereka.
       Selain itu dengan menggunakan hati,iaitu membenci perbuatan tersebut.Allah memiliki sifat As-Sabur iaitu Allah bersifat Maha Sabar.Allah telah mengurniakan sifat sabar(hawa nafsu) kepada manusia.Cuba kita fikirkan jikalau Allah tidak mengurniakan kita sifat sabar,mungkin kita akan selau marah dan gelojohkan?..Jadi,sebab itulah perlu sabar dalam kehidupan.Jadi ingat,sabar itu separuh daripada Iman..