Allah telah kurniakan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,akal untuk berfikir dan mulut untuk bercakap..Adakah kita mensyukuri nikmat itu?

Sunday, December 12, 2010

Kenapa tak nak solat?

Solat adalah tiang agama(Islam),siapa yang meninggalkan solat,maka dia meruntuhkan agamanya.Adakah kamu solat?atau kenapa kamu tak nak solat?Adakah kamu rasa amal ibadahmu cukup untuk dibawa di akhirat kelak? Bukankan solat itu melambangkan agama Islam??..Adakah kamu agama Islam?...Kenapa dan mengapa kamu meninggalkan solat?Adakah kamu berbangga??..Adakah kamu mahu menjadi orang yang baik atau buruk?..Lebih baik kamu menjadi orang baik daripada menjadi orang jahat seperti mereka yang diselubungi dengan dosa dan maksiat disisi mereka.Dengan solatlah kamu dapat mengelakkan diri dari melakukan dosa.Dengan solat juga,kamu dapat menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

Adakah kamu takut Allah atau tidak?Apa buktinya jika kamu takut Allah?.Allah Maha mengetahui.Allah mengetahui segala perbuatan makhluknya.Dia mengetahui segala perbuatan kamu,segala yang baik dan segala yang buruk.Kenapa tak nak solat?Adakah kamu mengikut ahli keluarga kamu atau kawan-kawan kamu yang tidak solat?…Buat apa kamu mengikut mereka?Buat apa??..Macamlah orang yang tidak solat itu menjamin kamu masuk Syurga.Malah,kamu sendiri yang menempah diri kamu untuk berada di Neraka.Adakah kamu tahu bahawa ada malaikat yang selalu barada di sisi kamu?Mereka adalah malaikat yang mencatat segala perbuatan baik dan buruk.Iaitu Malaikat Atid dan Raqib.

Ingatlah,bahawa segala perbuatan baik dan buruk kamu akan ditayangkan di Padang Masyar kelak.Adakah kamu berbangga dengan diri kamu di Padang Masyar kelak dengan diri yang tidak berbekalkan ibadah solat? Adakah kamu Islam atau kafir? Adakah kamu mahu orang menggelar diri kamu “kafir”? Satu cara untuk membezakan sama ada Islam atau kafir adalah dengan melihat ibadah solatnya.Jika seseorang itu solat,Islam lah
dia.Jika tidak,maka boleh dikatakan kafir.

Allah telah mengurniakan kepada kamu akal untuk berfikir.Jadi,hanya terpulang kepada kamu sahaja untuk berfikir sama ada nak kebaikan ataupun keburukan atas diri kamu.Saya banyakkan soalan adalah untuk kamu menyoal kepada diri kamu,bukan hanya sekadar soalan biasa.

Akhirnya,Saya minta maaf jika ada perkataan yang salah.Segala yang baik datang dari Allah,dan segala yang buruk datang dari diri saya sendiri sebagai seorang hamba Allah yang lemah lagi tidak banyak ilmu.Dari saya,Muhammad Ashraf bin Johari..Salam..